Saturday, June 30, 2012

Pelangi Selepas Hujan...

Beberapa minggu kebelakangan ini, tahap kesihatan ahli2 di rabbitry menurun. Begitu juga dengan ahli keluarga pemilik FR. Penjagaan harian sedikit terganggu kerana agak sibuk berulang alik ke hospital. Sorang keluar wad, sorang lagi masuk wad pula...:'(. Dalam keadaan sebegini, hanya sempat mencuri masa untuk mengisi makan dan minum arnab2 saja. Lelah!

Tapi, berkat doa teman2 sealiran, 'hujan ribut' ini pun berlalu..walaupun mengambil masa yang agak lama. Kesan?? Tentulah 'hujan ribut' meninggalkan kesan. FR kehilangan beberapa ekor arnab kesayangan sewaktu mengambil 'cuti sakit'. Guinea pig juga! Terkilan kerana ia berlaku bukan di depan mata dan sebab kematian pula tak dapat dipastikan kerana tiada di rumah sewaktu kejadian. Perit rasanya ~..

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" [Al-Syarh:5]

Kadang2 selepas hujan itu ada pelangi yang jelas kelihatan. 7 alur warna yang menghias langit cerah setelah gelap hujan mengundurkan diri. Memandang pelangi menimbulkan perasaan optimis, lega dan gembira, bukan?

Semuanya dah sihat kembali..Alhamdulillah.
Selera makan pun bertambah!
Pelangi yang melangkaui keluarga dan 'rakyat'2 di rabbitry...

Gelap dan cerah...anak2 Mini Rex
"Ini Show Quality ke..?"
Fayuma's Harlequine Holland Lop 
Sana sini Lop..Lop
Baby Nasibah dan Baby Holland Lop
Coronet Guinea Pig. Umurnya baru 3 jam..
Belang2 harimau!
- Sheltie Guinea Pig

No comments:

Post a Comment