Friday, January 13, 2012

Gigi Luar Biasa [Malocclusion]

Malocclusion ialah satu istilah yang merujuk kepada keadaan gigi yang tidak sekata. Arnab tergolong dalam kumpulan herbivor, bererti ia mendapat nutrisi sepenuhnya dari tumbuh-tumbuhan. Oleh kerana terdapat beberapa jenis tumbuhan yang keras, maka gigi arnab dijadikan sangat kuat dan ampuh untuk mengunyah tumbuhan tersebut. Arnab terpaksa mengambil masa yang lama dengan mengunyah untuk mendapatkan nutrien yang secukupnya, kerana itu giginya diciptakan dengan keadaan sentiasa memanjang sepanjang hidupnya. Secara tidak langsung, pemberian diet yang kurang fiber dan kurang keras (seperti hay dan sayuran tertentu) boleh menyebabkan giginya memanjang dengan tidak sekata.

FAKTOR:
Malocclusion terjadi, (a) samada sejak lahir [diwarisi] ataupun (b) semasa dalam proses memanjang. Situasi (b) kadangkala disebabkan oleh trauma seperti jatuh atau digigit di bahagian kepala. Namun, selalunya ia disebabkan oleh kekurangan sumber fiber (seperti hay) dalam diet harian.

Gigi arnab yang normal:-
 

Contoh-contoh gigi yang bermasalah:-

Gigi bermasalah yang tajam boleh menyebabkan kecederaan pada lidah dan menyebabkan bengkak pada bahagian dalam pipi arnab:-


Gigi bermasalah yang tidak dapat diasah (dengan aktiviti mengunyah) dan terus memanjang akan menghimpit saluran air mata dan menyebabkan mata berair:-



SIMPTOM:-

  • Kurang makan
  • Penurunan berat badan yang mendadak
  • Lelehan air liur membasahi kawasan mulut, bawah dagu dan dada
  • Nafas berbau
  • Bengkak di bahagian atas atau bawah pipi
  • Gigi hadapan (incisors) yang tidak sekata
  • Mencabut bulu (bukan kerana hendak melahirkan anak)

APA YANG HARUS SAYA LAKUKAN??:-
Bawa arnab tersebut ke vet yang berhampiran. Kebiasaannya arnab akan di'X-Ray' untuk mengenalpasti gigi yang tidak normal, dan gigi tersebut akan ditrim sehingga mencapai ukuran sepatutnya. Jika gigi di bahagian dalam (cheek teeth) yang bermasalah, arnab akan dibius untuk memudahkan proses trimming. Namun, apa yang penting untuk diketahui adalah gigi tersebut akan sentiasa memanjang dan harus menerima rawatan yang sama setiap kali giginya melebihi ukuran yang normal.
Di samping itu, bekalkannya sesuatu untuk digigit dan dikunyah seperti hay dan beberapa jenis aksesori yang direka khas untuk tujuan ini (boleh didapati di petshop) agar keadaan giginya tidak menjadi semakin teruk.
Oleh itu, jika anda berhasrat untuk membeli arnab, pastikan anda memeriksa giginya dahulu untuk mengelakkan masalah di kemudian hari dan sebaiknya belilah arnab dari mana-mana breeder yang telah anda kenali. Ini memudahkan rujukan anda sekiranya timbul sebarang masalah berkaitan kesihatan arnab tersebut.

** Rujukan lanjut:-

No comments:

Post a Comment