Monday, September 19, 2011

Karnival Arnab

Kami akan menyertai Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kedah 2011 pada 21 (Rabu) - 26 (Isnin) September ini bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim. Kedua booth akan berada di tapak Jabatan Veterinar Negeri Kedah.

3 sudut akan dibuka. Pameran, Jualan, dan juga Landskap. Memandangkan antara tetamu kehormat yang akan datang berkunjung ke perayaan tersebut adalah KDYMM Sultan Kedah dan Sultanah Kedah, maka disiplin staff dan susun atur perkarangan kedua-dua booth kali ini dijangkakan agak kemas dan teratur berbanding tahun2 sebelumnya.

Jemput singgah di Booth Fayuma Rabbitry untuk bersama-sama memeriahkan karnival arnab yang akan berlangsung dengan keunikannya yang tersendiri.

No comments:

Post a Comment