Wednesday, July 13, 2011

Rabbit Grooming Steps

Arnab yang berbulu lebat dan panjang sememangnya memerlukan penjagaan bulu yang khusus. Jika tidak, bulu yang telah mati dan gugur akan tersangkut dengan bulu yang lain dan menyebabkannya bergumpal. Ketulan-ketulan bulu ini mungkin akan menjadi tempat persembunyian kutu atau binatang kecil lain dan juga memendapkan kotoran...bisa mengakibatkan luka-luka kecil yang tidak kelihatan.

Sebahagian besar rakan-rakan dari kalangan pemilik arnab pastinya pernah berhadapan dengan masalah bulu arnab yang bergumpal, kusut dan kotor. Bagi yang sibuk dengan tugas, tidak punyai masa dan tidak tahu bagaimana untuk menguruskan situasi ini...tentu saja 'membotakkan' adalah cara terbaik buat mereka.

Apapun, kami di FR punyai cara tertentu untuk menyelesaikannya. 'Grooming' seekor arnab biasanya mengambil masa sekitar 5-10 minit bagi tahap kritikal (seperti English Angora) dan merapikan bulu adalah sekitar 2-3 minit. TEMPOH 'GROOM' bergantung kepada peralatan yang digunakan, ketelitian dan kecekapan seseorang pemilik arnab.

Berikut ialah peralatan yang diperlukan dan bagaimana ia digunakan;

- Hair Dryer -
1. Blow keseluruhan badan arnab untuk menanggalkan bulu yang telah mati dan gugur dari akarnya. Ketika blow, perhatikan dan kenalpasti kawasan yang terdapat gumpalan bulu.

2. Rapikan dahulu bulu arnab secara menyeluruh.

3. Gunakan sikat jenis ini untuk meleraikan gumpalan. Jika tidak berhasil...

..gunakan sikat bermata tajam ini untuk memutuskan gumpalan tersebut. Berhati-hati semasa menggunakannya agar tidak terkena pada badan arnab ataupun jari sendiri.

4. Rapikan kawasan yang telah selesai diproses dengan sempurna.

- Gunting -
** Gunting hanya digunakan ketika proses membotakkan arnab, bertujuan untuk membiarkan bulu baru tumbuh dengan sekata, sihat dan cantik. Sepanjang tempoh penumbuhan semua bulu, arnab tersebut perlu diberi diet yang khusus untuk pembentukan semula struktur bulunya.

**Untuk kemasan harian, hanya gunakan Hair Dryer sahaja.

2 comments:

  1. Tips yg berguna.... tq.
    Mari bertukar blog... http://tropicalparkrabbitry.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Thanks for the comment..
    Blog saudara telah pun saya masukkan dalam list Sahabat Arnab di sini. Selamat berkenalan..

    ReplyDelete