Friday, July 22, 2011

Fayuma Rabbitry

Susun atur sangkar di Fayuma Rabbitry. Setiap satunya diletak dengan mengambil kira keselamatan dan keselesaan arnab, pemilik arnab, pelanggan dan tetamu yang datang...bagaimana pula dengan anda?


# Matahari terbit dari arah belakang deretan sangkar. Cahayanya yang terik dan panas ditapis oleh pohon-pohon rendang dan tabir yang hanya membenarkan cahaya dan angin melaluinya. Sangkar-sangkar ini hanya terkena 'direct sunlight' pada jam 8-10 pagi setiap hari.


# Setiap ekor arnab punyai sangkarnya sendiri. Biasanya barisan atas didiami oleh arnab betina atau anak-anak arnab yang belum matang. Manakala arnab jantan diletak agak bawah, untuk mengelakkan 'urine spray' dari terkena lantai ataupun sesiapa sahaja yang mendekati sangkarnya, dan diletak bersebelahan arnab betina, untuk mengelakkannya dari bergaduh sesama jantina.
# Setiap sangkar dibekalkan dengan dua bekas makanan (pellet dan hay) dan sebotol air minuman yang telah ditapis dengan menggunakan Drinking Kit..bagi (a) mengelakkan air dari tercemar, samada kerana arnab merendam kakinya ke dalam air ataupun termasuk habuk dan lain-lain, (b) memudahkan pemberian anti-stress atau vitamin kepada arnab yang berlainan, dan (c) mengelakkan bulu di sekitar mulut dan hidung basah ketika minum, lembab dan menyebabkan kegatalan atau lebih teruk, terjadinya kurap di kawasan tersebut (selalunya terjadi kepada arnab jenis berbulu panjang dan lebat).


# Wad Bersalin (4 kotak) di FR. Gelap, sejuk dan privasi. 3 ciri utama yang ada pada habitat semulajadi arnab sewaktu ia menyediakan sarang untuk melahirkan anak. Begitupun, papan di hadapan kotak ini juga berfungsi sebagai pintu untuk membenarkan kami memantau keselesaan dan keselamatan induk dan anak-anak yang baru lahir supaya mereka membesar dengan sihat dan bebas bermain dalam sangkar yang agak luas ini.
# Setiap induk bunting akan ditempatkan di sangkar ini sejak hari ke-15. Penyediaan sangkar bagi induk yang hampir melahirkan anak boleh dirujuk di entri On Call.


# Ruang grooming dan rawatan di almari kayu, bersebelahan sinki. Peralatan pertukangan, ubat-ubatan, aksesori sangkar dan peralatan grooming disimpan di locker masing-masing di bahagian bawah sinki dan almari kayu.
# Juga ruang menunggu dan bersantai..berhadapan deretan sangkar.


# Sejenis lagi kotak bersalin yang disediakan bagi sangkar-sangkar yang ditempatkan dalam rumah.

2 comments:

  1. bang xde bau busuk ke klo kite letak kat dalam uma?

    ReplyDelete
  2. Tak berbau kalau letak habuk kayu dalam tray najisnya. Cuba baca entri Habuk Kayu dalam label Rabbit Care. Tapi pastikan habuk kayu yang digunakan ialah dari pokok kayu getah dan yang tidak dicampur dengan ubat. Berwarna perang cerah.

    ReplyDelete