Thursday, June 16, 2011

Selsema (Snuffles in Rabbits)

Sebahagian pemilik arnab mungkin pernah mengalami situasi di mana arnabnya terkena selsema. Simptom awal ialah bersin, hidung yang berair diikuti dengan keluarnya cecair dari hidung arnab. Pada peringkat cecair tersebut adalah jernih. Berkemungkinan akan bertukar kepada warna kekuningan dan kemudian berwarna kehijauan pada tahap kritikalnya. Dalam sesetengah kes, arnab yang terkena selsema tidak lagi berhingus tetapi nafasnya kedengaran seperti dengkuran. Situasi ini adalah kesan dari selsema tersebut.

Menurut pengalaman seorang rakan yang telah lama menternak arnab, arnab yang berhingus dengan kritikal selama 48 jam berturut-turut berisiko besar untuk mati. Dan jika induk betina menghidapi selsema berpanjangan, tahap kesihatan akan merosot dalam tempoh bunting dan menyusukan anak. Setiap arnab mempunyai tahap kekuatan antibodi yang berlainan. Oleh itu, arnab yang mempunyai antibodi yang kuat akan segera sembuh setelah diberi rawatan...begitu juga sebaliknya.

Oleh kerana selsema ini berpunca dari serangan bakteria (Pasteurella multocida), maka ia dirawat dengan pemberian antibiotik. Samada menerusi suntikan, cecair ataupun tablet...rujuklah kepada seseorang yang lebih pakar menerusi pengalamannya dengan hal-ehwal arnab. Perlu diketahui bahawa selsema ini boleh berjangkit kepada arnab-arnab yang lain.

Selsema bukanlah sesuatu yang harus dianggap remeh oleh si pemilik bahkan sebaliknya mesti dirawat segera sebelum menjadi lebih parah. Usah tunggu sehingga selera makan dan berat badannya susut. Cegah sebelum parah..

No comments:

Post a Comment