Saturday, February 19, 2011

Diarrhea Attack..

Arnab memang mudah terdedah kepada Diarrhea (cirit). Bagi yang baru membela arnab, mungkin ada yang tidak terlalu prihatin dengan situasi ini. Tetapi sebenarnya ia adalah salah satu faktor utama yang memungkinkan arnab, terutamanya yang masih kecil, mati.

Kenalpasti situasi:
Diarrhea berlaku apabila najis arnab adalah dalam bentuk cecair (najis asal telah bercampur dengan cairan dalam badannya) dan berbau sangat busuk. Tahap kritikal bergantung kepada ketahanan seseekor arnab. Ada yang mengalaminya secara berperingkat dan ada juga secara drastik..langsung mengakibatkan kematian. Telinga yang semakin menjadi sejuk menandakan arnab anda dalam tahap kritikal. Jadi, berusahalah supaya tidak sampai ke tahap ini.

Faktor:
Beberapa faktor yang menyebabkan arnab menghidapi Diarrhea ialah stress, penukaran corak pemakanan (pellet) secara drastik, cuaca yang terlampau panas, tidak cukup menyusu, bekalan minuman yang tercemar, persekitaran sangkar yang kurang bersih, pemberian ubat yang melebihi dos sepatutnya dan lain-lain.

Solusi:
Pertama sekali, hentikan pemberian pellet dan gantikannya dengan Timothy Hay. Boleh juga dicampur dengan sedikit Oat. Berinya ubat untuk menghentikan Diarrhea yang boleh didapati di mana-mana petshop. Ubat yang sama untuk kucing, namun dosnya hanyalah 0.3-0.5 ml sekali makan. Bahagian yang terkena najis dicuci dengan tisu basah atau sedikit air dan kemudian dikeringkan dengan kain. Sentiasa pantau keadaan dan najisnya. Jika najis telah kembali normal, teruskan memberi Timothy Hay dan dicampur dengan sedikit pellet sehingga arnab anda sihat sepenuhnya.

Nota:
Setiap pemilik arnab punyai cara yang berbeza dalam menangani masalah Diarrhea ini. Oleh itu, dipersilakan mencari penyelesaian lain yang dirasakan sesuai dengan situasi arnab anda.

5 comments:

  1. arnab sy bla kna crit x mau mkn.. nk buat camner ek???

    ReplyDelete
  2. Biasanya kalau dah tak nak makan tu, termasuk dalam kes beratlah. Tapi sementara ubat nak berkesan dan nak maintain ketahanan badannya, bagi ORS. Sesetengah orang menggunakan formula sendiri untuk menghasilkannya, tapi saya bancuh ORS yang beli di farmasi (sikit saja) dan bagi arnab minum dengan syringe. Alhamdulillah..tahan sampai dia dah kurang sakit dan kembali makan seperti biasa.

    ReplyDelete
  3. saya bagi yakult dlm 2ml untuk arnab 2 bulan.skrng arnab saya dah ok dan ada selera nak makan.

    ReplyDelete
  4. Anonymous: Terima kasih kerana berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
  5. try this, http://www.chubbypetsgarden.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=804

    ReplyDelete