Saturday, December 18, 2010

Caring Tools..

Membela arnab, walaupun untuk dijual, bermakna kita sebagai penjaganya harus sentiasa peka dengan kesihatan dan kecergasan setiap ekor dari mereka. Lebih-lebih lagi terhadap arnab yang sedang bunting, menyusukan anak dan anak2 arnab yang masih kecil. Semakin lama membela, semakin banyak pula situasi, simptom, penyakit, dan solusi baru yang ditemui. Sesiapa juga boleh berkata mereka biasa membela arnab..tetapi apa yang membezakan antara 'mereka' ialah sejauh mana ketelitian dan keprihatinan seseorang pemilik terhadap tahap kesihatan arnab mereka. Berikut adalah sebahagian dari kelengkapan rabbitry kami, yang juga dijual kepada sesiapa yang berminat untuk memilikinya...


Mengubati jangkitan kurap


Mengelakkan dan mengubati diarrhea (cirit)


Membersihkan kotoran yang melekat pada bulu arnab


Bedak untuk membersih dan mengharumkan bulu arnab
HIJAU: Mencegah serangan kutu dan serangga kecil yang lain
MERAH: Mencegah jangkitan bakteria dan fungus


Kemas, mudah, jimat dan selamat untuk digunakan

6 comments:

  1. Salam, saya nak try la both bedak n ivermectin oral tu..ubat batuk n demam n syringe sekali ada ke? drinkg kit sedia guna camane? saya beli yg taiwan rm17, rabbit saya tak reti minum...ball bearingnya besar sgt

    ReplyDelete
  2. nak try? takda masalah..silakan.

    syringe tu better beli di farmasi..lagi mudah.

    drinking kit sedia guna maksudnya second handlah. cuma masih elok seperti baru..

    ReplyDelete
  3. ASKUM
    saya nak tanya..bagaimana kah cara-cara memberi vitamin kepada arnab adakah melalui dari mulut atau injection?

    mempunyai arnab jenis lionhead bulu tebal heehhehe

    From
    hjh liza
    Brunei Darussalam..

    ReplyDelete
  4. W'salam..
    Vitamin ada banyak jenis. Samada khas untuk diberi menggunakan syringe atau dicampur dengan air minuman ataupun melalui suntikan. Bergantung kepada jenis vitamin dan umur arnab yang puan pelihara.

    ReplyDelete
  5. ok tq...kalau nak injection mana satu awak choose sama ada melalui suntikan or diberi minum? umur rabbit saya dan 2 bulan which vitamin yang sesuai..

    ReplyDelete
  6. Umur baru 2 bulan, masih kecil. Diberi minum lebih baik. Which vitamin tu, terpulang kepada jenis2 vitamin yang ada dijual di sana.

    ReplyDelete