Friday, November 19, 2010

On call

Inilah yang akan berlaku sekiranya arnab anda hampir ke saat melahirkan anaknya;

:: Mula mencabut bulu untuk menyediakan tempat yang selesa bagi anak arnab. Bulu yang telah dicabut berfungsi menyediakan suhu persekitaran yang selesa, tidak terlalu sejuk atau panas untuk anak arnab yang baru lahir..sehinggalah bulunya mula tumbuh untuk melindungi diri sendiri ::

Soalan 1- "Bulu2 yang dicabut tu bila nak buangkan dari sangkar?"
Kebiasaannya, kami di FR akan membiarkan bulu2 tersebut mendap ke bawah sangkar dengan sendirinya. Ia mengambil masa lebih kurang 2-3 minggu selepas kelahiran.

Soalan 2- "Arnab saya tetibe beranak. Dia takde cabut bulu pun?!"
Ya..kebanyakan arnab mengalami proses normal mencabut bulu. Namun ada segelintir yang langsung tidak memberikan apa2 tanda untuk melahirkan. Tahu2 saja anaknya dah berterabur di lantai sangkar. Apa yang perlu dilakukan ialah, mengambil anak2 tersebut dengan tangan yang beralas (sesetengah arnab tidak akan menyusukan anaknya jika terdapat bau asing pada anaknya..dan sesetengah yang lain adalah sebaliknya) dan letakkan di dalam bakul@tempat khusus untuk anak arnab.

Berikut ialah penyediaan kami selaku pemilik FR;

Rumput, dari jenis yang lembut, yang dipotong + kain perca yang digunting kecil


Letakkan dalam sangkar khas untuk arnab yang bakal melahirkan. Kain di bawah dan rumput di atasnya.



Arnab pun mula menyusun rumput, menyediakan tempat mengikut kreativitinya sendiri.


Terima kasih, tuan!

No comments:

Post a Comment