Sunday, November 14, 2010

A lil' busy morning

Setelah seminggu FR kehabisan stok habuk kayu, pasca banjir yang melanda Jitra dan kawasan sekitarnya awal November lalu. Kilang kayu yang membekalkan stok ini dengarnya tenggelam dan tauke ladang ayam yang selalu menghantarnya dengan ikhlas pun menggelengkan kepala bila ditanya tentang hal ini. Tanpa habuk kayu, arnab2 di rabbitry ni nampaknya kurang selesa dengan bau dan kotoran di tray sangkar masing2. Yang masih kecil pun ada yang kurang sihat dan cirit.

Dan pagi kelmarin, tauke datangdengan tawaran dan senyuman..4 beg sudah tersedia di lama rumah. Alhamdulillah..akhirnya. Cuma memandangkan habuk2 tersebut masih lembab, bekerjalah ahli2 rabbitry menjemur dan mengeringkannya. Menjelang malam, setiap sangkar sudah dialas traynya dengan habuk ini. Lega sungguh..walaupun peroses masih lagi bersambung hari ini.





No comments:

Post a Comment