Thursday, November 25, 2010

A Birthday Gift


Semakin ramai pelanggan bererti semakin beragam pula pertanyaan dan permintaan mereka. Ada beberapa servis dan barang yang asalnya tidak disediakan, namun demi memenuhi permintaan pelanggan dan teman..FR berusaha untuk memberikan khidmat yang terbaik, selagi bersesuaian dengan kemampuan kudrat dan kelapangan masa.

2-3 hari lepas, seorang pelanggan yang jauh menghubungi FR untuk membeli salah seekor arnab di sini untuk menghadiahkannya kepada teman beliau yang tinggal di Alor Star. Segalanya diserahkan kepada FR, bermula dari pemilihan arnab, penyediaan kotak dengan segala aksesorinya sehinggalah kepada penghantaran ke pintu pagar rumah si penerima. Apa yang diberitahu hanyalah.."Dia suka warna merah" dan "Abang pilih yang cantik2 ya!"


Kotak MERAH..Riben MERAH..


Anak arnab bermata MERAH..loceng MERAH


Pendek kata, semuanya MERAH


Ya..saat hadiah ini disampaikan ke tangan penerimanya, beliau juga memakai baju berwarna MERAH. Hmmm..kebetulankah?

3 comments:

  1. salam.. kalau jenis ni how much ya? soooo cute.. berkenan la pula..huhu

    ReplyDelete
  2. Wslm..
    Ni Jenis Angora. Saya jual seekor RM 50. Kalau lebih, boleh kurang lagi..:D

    ReplyDelete