Thursday, November 4, 2010

Teddy Bear Care

mohd farred said...

salam bro..mcm mana cara nk bela arnab jenis ni dengan baik..tolong share sikit

Salah seorang pengunjung blog FR menanyakan soalan ini dengan merujuk kepada arnab jenis Teddy Bear. Penjagaan arnab Teddy Bear, secara asasnya, adalah sama seperti arnab yang lain. Cuma memandangkan ia mempunyai bulu yang tebal dan panjang, pellet yang diberikan haruslah pellet yang tinggi kandungan protiennya..bagi membantu proses pertumbuhan bulu. Pemberian air pula, sebaiknya menggunakan 'drinking kit'..untuk mengelakkan bulu sekitar mulutnya basah dan kotor.

Teddy Bear yang cantik semestinya Teddy Bear yang sentiasa rapi bulunya. Untuk itu, dalam tempoh seminggu, luangkan masa untuk menyikat bulu arnab tersebut, dua kali seminggu sudah memadai. Proses menyikat bermula dari lapisan bulu yang paling hampir dengan kulitnya sehingga ke lapisan luar. Ini penting untuk memastikan bulu yang luruh tidak kusut bersama yang lain, juga untuk menggalakkan pertumbuhan bulu yang baru sewaktu musim 'molting' (pertukaran bulu arnab). Bagi pemilik arnab jenis ini yang agak sibuk dengan jadual harian, proses menyikat akan menjadi lebih mudah.....


dengan penggunaan Hair Dryer.

Walaupun memiliki bulu yang panjang dan lebat, Teddy Bear tidaklah terlalu cerewet untuk diurus kerana bulunya tidak akan sentiasa menjadi panjang seperti English Angora dan mudah diuraikan setelah menjadi kusut dan bergumpal. Bagi mencegah dari sebarang serangga atau penyakit luaran, sebaiknya taburkan sedikit bedak herba ke atas bulunya sebelum disikat. Bedak bayi juga berfungsi menanggalkan kotoran ringan dan mengharumkan baunya.

6 comments:

  1. kene perlu selalu mndikan ker arnab jenis ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu. Hanya bersihkan dengan Spray Shampoo ataupun bedak. Melainkan arnab terlampau kotor, baru mandikan.

      Sebab Teddy Bear (Kualiti), bulunya tidak mudah kusut. Biasanya bulu yang kusut dan bergumpal terjadi akibat bulu2 yang telah gugur dari kulit masih tersangkut dengan yang lain. Jadi, blow dengan Hair Dryer boleh tanggalkan bulu yang dah mati tanpa menggunakan sikat. TQ

      Delete
  2. assalamualaikum, bulu sekitar mata terlalu panjang. adalah ini biasa bagi arnab ini?
    cara mandikan arnab yang betul? elakkan mandi bahagian kepala? betul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.
      - masalah bulu sekitar mata yang mengganggu memang biasa. cuma trim bulu tersebut supaya tak masuk ke dalam mata.
      - ya, siram atau rendam badan arnab dari kaki sehingga ke bahagian bahu. bahagian kepala hanya perlu dibersihkan dengan tuala lembab.

      Delete
  3. Salam...kalau bulu arnab ni bgumpal blh di gunting x bulu arnab tersebut.

    ReplyDelete
  4. Salam...kalau bulu arnab ni bgumpal blh di gunting x bulu arnab tersebut.

    ReplyDelete