Tuesday, September 28, 2010

Habuk kayu dan arnab.

Habuk kayu digunakan untuk menyerap air kencing arnab supaya tidak bertakung dan menyebabkan pencemaran bau, sangat sesuai bagi mereka yang memelihara arnab dalam kawasan rumah. Aroma semulajadi dari habuk kayu dapat mewujudkan persekitaran yang lebih mesra alam dan natural kepada arnab kesayangan dan memberi keselesaan kepada si pemilik. Jika anda terpaksa meninggalkan rumah, habuk kayu yang diletak dalam tray sangkar dapat bertahan sehingga 7 hari (berdasarkan pecubaan yang telah dibuat). Proses membersihkan tray juga menjadi lebih cepat dan mudah. Paling penting, dapat mengelak dari ketidakselesaan sesama jiran..




Sebarang komen, cadangan dan pandangan amat dialu-alukan untuk kebaikan para pemilik arnab dan haiwan kesayangan mereka..

2 comments:

  1. salam.., boleh tny, habuk kayu ape yg cik guna? btul ke pine n cedar wood shaving boleh bg kesan negatif pd ksihatan arnab..?

    ReplyDelete
  2. wslm..
    habuk kayu yang guna ni biasa je. ambil dari kilang proses kayu..jadi rasanya kayu tempatanlah, kan?
    tentang pine n cedar wood tu..setakat yang saya tahu memang tak baik untuk sistem pernafasan arnab.
    tq

    ReplyDelete