Thursday, April 8, 2010

Kata-Kata Hikmah


سئل الحسن البصرى عن سر زهده في الدنيا فقال:

أربعة أشياء علمت أن عملى لا يقوم به غيرى فاشتغلت به. وعلمت أن رزقى لا يذهب إلى غيرى فاطمأن قلبى. و علمت أن الله مطلع علي فاستحييت أن يرانى على معصية. وعلمت أن الموت ينتظرنى فاعددت الزاد للقاء ربى.

Hasan Al-Basri telah ditanya mengenai kezuhudannya dalam hidup, lalu beliau berkata bahawa ia adalah hasil dari 4 perkara;
  1. Aku sedar bahawa amalanku tidak akan dapat digantikan oleh sesiapa, lalu aku mengerjakannya dengan bersungguh-sungguh
  2. Aku juga sedar bahawa rezeki yang telah ditetapkan untukku tidak akan diambil oleh sesiapa, lalu jiwaku menjadi tenang.
  3. Aku sedar bahawa Allah sentiasa memerhatikanku, lalu aku berasa malu jika Dia melihatku sedang berbuat dosa.
  4. Aku juga sedar bahawa kematian sentiasa menunggu masa untuk menjemputku, lalu aku juga sentiasa bersiap sedia untuk menemui Tuhanku.
________________________________________

رأى إبراهيم بن أدهم رجلا مهموما فقال له: أيها الرجل إني أسألك عن ثلاث تجيبنى قال الرجل: نعم. فقال له إبراهيم بن
أدهم: أيجرى في هذا الكون شئ لا يريده الله؟ قال : كلا قال إبراهيم : أفينقص من رزقك شئ قدره الله لك؟ قال: لا قال
إبراهيم: أفينقص من أجلك لحظة كتبها الله في الحياة؟ قال: كلا فقال لهإبراهيم بن أدهم: فعلام الهم إذن؟؟!

Ibrahim bin Adham melihat seorang lelaki sedang bermurung, lalu beliau menyapanya,
"Wahai lelaki, akanku tanyakan 3 perkara kepadamu dan berikan kepadaku jawapannya"
Lelaki tersebut membalas, "Baiklah"

  1. "Adakah berlaku sesuatu di muka bumi ini tanpa kehendak Allah?" Balasnya, "Sudah tentu tidak!"
  2. "Adakah berkurangan rezeki yang telah Allah tentukan untukmu, walau sedikit?" Balasnya, "Sudah tentu tidak!"
  3. "Dan adakah berkurangan satu detik dari tempoh umur yang telah Allah tetapkan untukmu?" Balasnya, "Sudah tentu tidak!" "Lalu apa lagi yang engkau sedihkan?"
________________________________________

قال رجل لابن الأدهم : إيذن لي بالمعصية ، قال نعم : قال : أشياء ثلاثة إذا فعلتها لن تضرك المعصية ، قال : وما هي قال : إذا أردت أن تعصيه فلا تسكن أرضه ، قال : وأين أسكن إذاً ؟ قال : فكيف إذاً تسكن أرضه ، وتعصيه ؟

قال الثانية : قال : إذا أردت أن تعصيه فاجهد ألا تأكل من رزقه ، قال : وماذا آكل إذاً ؟ قال : كيف إذاً تسكن أرضه ، وتأكل رزقه ، وتعصيه ؟

قال : هات الثالثة : قال : إذا أردت أن تعصيه فاجهد ألا يراك قال : وكيف لا يراني، وهو رب العالمين ؟ قال : تسكن أرضه ، وتأكل رزقه ، وتعصيه ، ويراك ؟‍‍‍‍‍!


Suatu ketika, datang seorang lelaki kepada Ibnu Adham dan berkata, "Izinkan aku untuk melakukan maksiat" Beliau membalas, "Baiklah. Jika kau memenuhi 3 perkara ini, maka maksiat tidak sekali-kali akan memudaratkanmu" Lelaki tersebut kehairanan, "Apakah dia perkara itu?"
  1. "Jika kau ingin melakukan maksiat, maka jangan tinggal di bumi Allah" Lelaki itu bertanya kembali, "Lalu di mana pula harus aku tinggal?" Balas beliau, "Dan bagaimana pula halnya engkau yang tinggal di bumiNya, tetapi melanggar laranganNya"
  2. "Jika kau ingin melakukan maksiat, maka berusahalah untuk memakan sesuatu yang bukan dari rezekiNya" Lelaki itu kehairanan dan berkata, "Lalu dari mana pula harus aku dapatkan rezeki selain itu?" Balas beliau, "Dan bagaimana pula halnya engkau yang tinggal di bumiNya dan memakan dari rezekiNya, tetapi melakukan dosa kepadaNya?"
  3. Jika kau ingin melakukan maksiat, maka usahakanlah supaya Dia tidak melihatmu" Lelaki itu tersentak, "Bagaimana mungkin Dia tidak melihatku, sedangakan Dia Tuhan Sekalian Alam?" Ibn Adham membalas, "Bagaimana pula engkau yang tinggal di bumiNya, memakan dari rezekiNya, engkau melakukan dosa kepadaNya sedangkan Dia melihatmu?"

No comments:

Post a Comment